Persediaan Sebelum Mengurut
Sebelum pergi mengurut ke rumah pelanggan, kita perlu membaca
بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Bismillahillazi La Yadurru Ma’asmihi Syaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaie , Wahuwas Sami’ul ‘Alim" sebanyak 7x dan baca
لا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
“Lā haula wa lā quwwata illā billāhil 'aliyyil azhīmi”.
Sebelum masuk ke rumah pelanggan perlu membaca
Surah Al-Ikhlas sebanyak 3x kemudian beri salam dan masuk.
Semasa mengurut, ayat paling mudah dibaca ialah
Bismillah 5 dan Selawat.
Misal kata semasa mengurut di satu bahagian susah untuk melembutkan urat, bacalah:
وَإِذَا بَطَشْتُمْ بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ
“Wa iza batashtum, batashtum jabbarin”.
Ulang ulang baca sambil urut di bahagian tersebut. InsyaAllah asbab membaca ayat ini urat yang tegang akan cepat lembut, peredaran darah lancar dan angin mudah keluar.
Jika semasa mengurut ada terasa renjatan eletrik atau ada rasa bisa, berhenti mengurut kerana disitu ada petanda benda yang tidak elok. Ada juga petua sebelum hendak mengurut pelanggan kita perlu meminta izin contohnya “saya minta izin ya” supaya benda di dalam badan mendapat amaran awal.
Apabila sudah selesai mengurut orang kita perlu membasuh tangan sehingga bersih dan keringkan, selepas itu, tekapkan tangan pada dinding baca bismilah, selawat dan niat
“Ya Allah buangkanlah segala bisa angin penyakit dalam badan aku ini jika ada hasad dengki manusia dan jin, hancurkan lah Ya Allah. Kau maha kuasa, makhluk tiada kuasa”.